-
Be the first to comment
Transcript
- 1. BACAAN INTENSIF (MENDALAM) Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan. Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Konsep (a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru. (b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata. (c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
- 2. (d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. (e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting. Tujuan (a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. (b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. (c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. (d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca. (e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa. (f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai. (g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya. Aktiviti bacaan intensif (a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. (b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. (c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya. (d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis. (e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
- 3. Membaca Ekstensif - Membaca ekstensif adalah membaca yang bersifat menjangkau secara luas. Dengan membaca ekstensif, Anda tidak semata-mata mengetahui isi teks saja, tetapi Anda juga akan menyerap pengetahuan yang lebih umum atau luas.demikianlah gambaran umum dari membaca ekstensif. Anda pernah mendengar kelas akselerasi? Kelas akselerasi adalah sekolah yang mengikuti proses percepatan dan diperuntukkan bagi siswa-siswa berprestasi, artinya siswa mengikuti sekolah lebih cepat dari waktu yang ditentukan. Dalam mencoba memahami apa itu membaca ekstensif, nari kita simak wacana dibawah ini dengan tema kelas akselerasi. Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya memberi tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan. 0 KEMAHIRAN MEMBACA 2.0.1 Pengertian Dan Tujuan Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang – lambang itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh mengenal dan menyebut lambang – lambang bertulis tetapi juga dia mesti mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan simbol – simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep – konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah huruf – huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat – ayat kepada bunyi – bunyi yang mempunyai makna. Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola – pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis . Daripada definisi – definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks.
- 4. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk mengenal dan membezakan bentuk – bentuk huruf ), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi – bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi – bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang – lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat ( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran – kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah. Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini adalah untuk membolehkan murid – murid mengenal huruf – huruf, menyebut nama dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan – perkataan yang dibentuk melalui jalinan huruf – huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara tidak langsungnya membolehkan murid – murid membina kebiasaan menutur ayat – ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekelilingnya. Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti. Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan. Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial. Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid – murid Tahun 1.Ini disebab laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada : : • Keupayaan berfikir yang rendah. • Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. • Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. • Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna. • Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan huruf. • Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar – gambar.
- 5. • Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf – huruf ( perkataan ). • Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi pendengaran. • Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul. • Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf – huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan beberapa huruf atau bunyi. • Kebolehan mental murid – murid itu secara am, misalnya kebolehan dia mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu. 2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~ perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi. Menurut laporan di akhir tahun – tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ). Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga negara. Di antara implikasinya ialah : • Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita akan menjadi negara yang mundur di dunia ini. • Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. • Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam masyarakat. • Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara. • Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan. • Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak berminat untuk belajar. • Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu tidak dapat menguasai kemahiran membaca. • Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita – cita dan fikiran yang ‘’ terbuka ‘’ dan ‘’ positif ‘’ . • Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan yang yang tinggi. • Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan saksama. • Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah – masalah seharian baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat. b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.
- 6. Konsep-KonsepBacaanEkstensif Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi, bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan pelajar- pelajar di luar kelas tanpa adanya pengawasan daripada guru. Bahan bacaan yang dibacaharuslah bersifat luas atau pun am. Bahan bacaan bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaankatanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-citaseseorang pelajar itu. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza. TujuanBacaanEkstensif Ada beberapa tujuan bacaan ekstensif. Antara tujuan-tujuan tersebut ialah:1. Supaya pelajar- pelajar boleh membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secaralangsung daripada orang lain.2. Membolehkan pelajar- pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka pelajari.3. Untuk membolehkan merek a mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkanhati.4. Memperkayakan bahasa da n perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain- lain.5. Memberi peluang kepada para pelajar terutamanya mereka yang cerdas untuk meluaskan bacaannya dan membina daya kreativitinya.6. Untuk menambahkan minat membaca dan juga membina daya berfikir serta mem bentuk sikap yang baik di kalangan pelajar- pelajar.7. Untuk mempertingkatkan mutu, dan kepantasan membaca.8. Untuk memperluaskan da n mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.9. Membentuk tabiat gemar membaca dan menda patkan kebiasaan membuat rujukan danmenggunakan perpustakaan.10. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa. 55 11. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk prosa atau puisi. TeknikPengajaranBacaanEkstensif Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, peranan pengajar hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkankepada pelajar- pelajar supaya memilih bahan bacaan yang sesuai. Pengajar perlu jugamelatih mereka mengikut teknik yang berikut:1. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh kandungan baha n.Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.2. Buat soalan: Buat sendiri soalan- soalan berdasarkan bahanyang dikajinya. Ini akan membantunya membaca dengan lebih mendala m.3. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.4. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar b uat kesimpulan dengan menerangkan pada dirinya sendiri isi- isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yangdibacanya itu.5. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar- pelajar perlu mengkajisemula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dia dapat mempastik an dia tidak tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.6. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah- langkah berikut:(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagimendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandungdi dalam bahan bacaan tersebut.(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca.
- 7. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalanyang telah disediakan.(c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutansoalan-soalan yang telah ditentukan. 56 (d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan ataurumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semuamaklumat daripada pembacaan mereka.(e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mempastikan supayaisi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.(f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkanisi bacaan yang telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-muridadalah penting(g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yangtelah dibacanya. LangkahMempertingkatkanKemahiranMembaca Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan dan peraturan- peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-kursus ataupun pendedahan melalui bahan- bahan bacaan hendaklah diadakan. Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan baik, dan segala penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yangkhusus dan sokongan yang penuh. Kaedah yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas permulaan hendaklah kaedah yang tetap yang ada kesinambungan dari segi tujuan dan peraturannya. Pengelolaan di kelas-kelas rendah terutama di kelas permulaan hendaklahdiperbaiki selalu. Aspek yang perlu diberi penekananan aspek pengajarannya, susunan pelajarannya, perkakas- perkakas dan buku-buku bacaan. Guru-guru yang ditugaskan mengajar dikelas permulaan hendaklah daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dankecekapan tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat bekerjayang baik, rajin membuat alatan mengajar serta gemar kepada kanak-kanak
Tidak ada komentar:
Posting Komentar